BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 9, 2011

BETUL KE WANITA ??

• BETUL KE .. WAHAI WANITA !!!

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.
Aminn..

I LOVE U

ucapkan I LOVE YOU membuatkan si dia akan merasakan diri dia sangat bernilai,tapi jangan biarkan ucapan itu sekadar ucapan,biaRlah datang dari sekeping hati yang ikhlas,call si die sekarang dan ucapkan dengan hati yang tulus,kerana dirinya begitu berharga...♥

BELAJARLAH

Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi

KASIH SAYANG

kasih sayang seumpama tali yg mengikat makhluk. kasih suci tak lahir kerana terpaksa , tak juga boleh dimiliki dengan cara yg kotor. cemburu pula perlu ada dalam kehidupan berkasih sayang. ia seumpama garam yg perlu dalam masakan. terlebih menjadi masin , terkurang menjadi tawar ~

Perkahwinan bukan hanya untuk melunaskan cinta dua jiwa. Lebih besar daripada itu... Perkahwinan adalah jalan besar untuk ke syurga. Menyedari hakikat bahwa jalan ke syurga bukanlah jalan yang ditaburi wangi-wangian melainkan penuh cubaan dan ujian... Maka perlu diletakkan pertimbangan besar terhadap soal perkahwinan ditakuti pencarian jalan ke syurga itu sebaliknya membawa jalan ke neraka.... Nauzubillah...


JIWA AKU JIWA ALLAH

Dari ALLAH kita belajar tentang arti KASIH SAYANG,...
Dari AIR kita belajar kETENANGAN
Dari BATU kita belajar kETEGARAN
Dari TANAH kita belajar kEHIDUPAN
Dari Kupu-kupu kita belajar MERUBAH DIRI
Dari PADI kita belajar RENDAH HATI

Melihat KEATAS memperoleh SEMANGAT untuk MAJU,
Melihat KEBAWAH membuat kita BERSYUKUR dengan apa yang ada
Melihat ke KESAMPING memberi SEMANGAT KEBERSAMAAN
Melihat KEBELAKANG mengenang PENGALAMAN yang BERHARGA
Melihat KEDALAM membuat kita KOREKSI DIRI
Melihat KEDEPAN kita bisa jauh LEBIH BAIK(InsyaAllah)
Melihat CERMIN, kita TAHU siapa diri kita yang sebenarnya dan mau kemana setelah ini.

SAHABAT , CINTA & ALLAH

Sekiranya dirimu tiada SAHABAT, janganlah berduka kerana ALLAH sentiasa ada buatmu, Sekiranya dirimu tiada CINTA, janganlah bersedih kerana ALLAH itu sentiasa memberikan CINTANYA padamu, Sekiranya dirimu terluka janganlah mengeluh kesah tapi ingatlah ALLAH agar hatimu tenang dan terasa ALLAH dekat denganmu.. Bila ada yg membenci, janganlah disimpan dlm hati, tapi fikirlah kebencian ALLAH yg layak kita takuti...

RENUNG RENUNG KAN LA

Aku menoleh pada diri,
Merenung hari-hari yang dilalui,Melihat betapa hati ini kian suram,Hidup selesa di jurang dalam,Tetapi dipertahankan penuh keyakinan,Sedang diri tahu tidak berada di landasan.

Aku menoleh ke arah hati,Bila senyuman tidak semanis dulu lagi,Yang tampak jelas hanyalah kesuraman,Kerna hidup jauh daripada iman,Senyuman hati dulu sekadar sebuah dongeng,Lagenda iman yang tidak mungkin berulang.

Aku menoleh sekali lagi,Apa mungkin diri terus seperti ini,Seronok meniti hari-hari kegelapan,Sedang hati menangis penuh kegundahan,Kerna semakin jauh daripada Pemiliknya,Maka, masihkah ada ruang tersenyum bahagia?

KERANA FACEBOOK

KERANA FACEBOOK

Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan
Kerana facebook: Kita Boleh Perbodohkan Orang & kwn
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri
Kerana facebook : Kita Tertipu
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan
Kerana facebook : S'seorang Itu LUPA DIRI Kononnya
Kerana facebook : diri jadi HOTSTUF

sebalik nye....

KERANA FACEBOOK

Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar kekasih
Kerana facebook : Couple Boleh sentiasa berhubung
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh saling mengenali
Kerana facebook : Hidup Boleh Dipermudahkan
Kerana facebook : Kawan ingt Kawan
Kerana facebook: Kita Boleh memudahkn Orang & kwn
Kerana facebook : Kita memajukn Diri Sendiri
Kerana facebook : Kita berjaya
Kerana facebook : Wujudnya silaturrahim
Kerana facebook : Kita menambahkn pendapatan
Kerana facebook : S'seorang Itu KAYA RAYA Kononnya
Kerana facebook : diri jadi HOTSTUF

Friday, October 7, 2011

CINTA ORANG KETIGA

"Antara kesakitan jiwa yang amat menyakitkan pabila menyintai seseorang namun orang yang kita amat dambakan adalah milik orang lain.. Terasa pedih dan hilang satu semangat baru untuk bangun"Tiada sesiapa pun menginginkan kehadiran orang ketiga di dalam cinta yang terbina.. Ia sememangnya menyakitkan.. Menyakitkan apabila kepecayaan yang diberikan musnah begitu sahaja dan membuatkan hati kita hancur harga hilang bentuknya.....

BIDADARI KU

♥░░░░░░░░ ♥░░░░░░░░ ♥░░░░░░░ ♥░░░░░░░ ♥

bidadariku,
namamu tak terukir
dalam catatan harianku
asal usulmu tak hadir
dalam diskusi kehidupanku
wajah wujudmu tak terlukis
dalam sketsa mimpi-mimpiku
indah suaramu tak terekam

dalam pita batinku
namun kau hidup mengaliri
pori-pori cinta dan semangatku
sebab
kau adalah hadiah agung
dari Tuhan
untukku
bidadariku

♥░░░░░░░░ ♥░░░░░░░░ ♥░░░░░░░ ♥░░░░░░░ ♥

LELAKI PERTAMA , KEDUA DAN KETIGA

LELAKI PERTAMA,KEDUA dan KETIGA

-----------------------------------------

dari balik tabir, kudengarkan wanita itu bicara
mengisahkan pengalaman yang akan menjadi guru

***
“aku bertemu dua lelaki”, dia memulai cerita
dengan suara lembut, riang, sekaligus sendu
aku menerka demikian pula wajahnya
“kurasa dua-duanya mampu membuatku tak bisa menolak
jika mereka punya kehendak”
“oh ya?”, kudengarkan sambil dalam hati mengucap “Rabbi..”

***
“lelaki pertama berparas titisan yusuf,
hartanya warisan sulaiman, gagahnya serupa musa”
wanita itu berhenti, sejenak menghela nafasnya
aku menggigit bibir dan mendalamkan tundukku

***
“dan tahukah kau”, suaranya cekat kini,
“setelah bicara padanya, aku pulang terpesona
merasa telah berjumpa dengan lelaki paling rupawan
bercakap dengan insan paling bijaksana”

***
aku tak ingin tahu lebih banyak,
jadi kutanyakan padanya tentang lelaki kedua
dan sepertinya dia tersenyum

***
“seusai berbincang dengan lelaki kedua”, katanya
“aku pulang dengan bahagia, merasa penuh pesona
merasa menjadi wanita paling jelita
merasa diriku perempuan paling cendikia”

***
“jadi di antara mereka”, tanyaku sambil mengepalkan jemari
“siapa yang lebih tampan, siapa yang lebih mengagumkan?”
kurasa dia tersenyum lagi, menertawakanku barangkali
“laki- laki pertama lebih mencintai dirinya sendiri
dia bersukacita saat menebarkan pesona
dia bahagia ketika banyak hati memujanya”

***
“laki-laki kedua mempesona bukan karena dirinya
daya pikatnya ada pada perhatiannya, yang membuatku
merasa ada, merasa bermakna, merasa berharga”

***
“jadi”, aku menyimpulkan perlahan, “kaumemilih yang kedua?”
dia tersenyum lagi, “aku telah mendapatkan yang KETIGA”
“laki-laki suci; yang memuliakanku dengan menikahiku
dia menjaga kesuciannya dengan pernikahan
dia menjaga pernikahannya dengan kesucian
dia berupaya untuk mempunya pesona lelaki pertama, tanpa mengumbarnya
dia belajar memiliki pesona lelaki kedua, untuk mengagungkan isterinya

meski jauh dari sempurna dia mengingatkanku pada sabda Sang Nabi;
"SEBAIK-BAIKNYA LELAKI ADALAH YANG MEMULIAKAN PEREMPUAN..."

***
aku tersenyum kini, “tunggu, apakah engkau ini isteriku?”

-----------------------------------------------------------------

SEBUTIR KASIH SEJUTA SAYANG...ONLY 1

‎1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DOA

Jadi agar hari ini lebih INDAH..
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama..
Bersahabat dengan MASALAH..
Tidak PUTUS ASA dan terus BERUSAHA..
dan selalu BERDOA kepada yang Maha Kuasa.. InsyaAllah...

AKU HANYA MAMPU MENASIHAT JE... ^_^

CINTA itu ibarat sebuah komputer...
Kadang-kadang hang, kadang-kadang laju...
Kadang kena format, kadang-kadang ada virus...
Tapi jika semuanya dijaga rapi, ianya akan memudahkan kerja...

Dan yang paling utama... Pasanglah antivirusnya iaitu AL-QURAN...
InsyaAllah... Barakallah...♥
Sahabatku...

Jika kalian terlepas peluang, jangan penuhkan mata kalian dengan airmata. Itu hanya akan menutup pandangan kalian terhadap peluang lain yang lebih baik di hadapan kalian... InsyaAllah...

Bangunlah...! Teruskan kehidupan... Peluang bakal terbuka luas untuk kalian di hadapan kelak... InsyaAllah...
Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah...
Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah...

Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga...
Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di neraka... kah kah kah kah kah kah...

nauzubillahi min zalik...

Wednesday, October 5, 2011

PATUNG KESAYANGAN KU...CICIK NAMA NYA...HAHAHA...ADA GK NAMA DAKYA..SUKA2 BA...HAHAHA..B COOL...^_^